Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe Ditembak

Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe Ditembak

0
SHARE

TOKYO, JEPUN – Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan ditembak ketika sedang berucap di wilayah Nara hari ini.

Difahamkan, semasa kejadian beliau menyampaikan ucapan menjelang pilihan raya Dewan Perwakilan pada Ahad apabila bunyi tembakan kedengaran.

Akibat daripada tembakan itu, Abe, 67, rebah dan cedera di leher, sumber Parti Liberal Demokratik (LDP) memberitahu agensi berita tempatan Jepun Jiji.

Sementara itu, berita NHK dan Kyodo melaporkan Abe dibawa ke hospital dan dilaporkan berdepan situasi ‘cardo-respiratory arrest’ (fungsi jantung dan pernafasan terhenti).

Beberapa media melaporkan beliau kelihatan ditembak dari belakang, mungkin dengan senapang patah…

Abe, perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat, memegang jawatan pada 2006 selama satu tahun dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020.

Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an atas cubaan membunuh dan merampas sepucuk pistol, menurut NHK, memetik sumber polis.