SERDANG – Padah kerana menghina agama Islam, seorang lelaki telah ditahan polis berikutan kenyataanya yang menghina agama itu baru-baru ini.
Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi lebih 30 saat di mana seorang lelaki dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad, Allah dan agama Islam dengan perkataan kesat dan kurang ajar.
Dalam video tersebut, lelaki tersebut mencabar pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) agar terus membunuhnya kerana menghina agama itu.
Susulan kejadian itu, lelaki yang berusia 39 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bukit Kuchai, Puchong kira-kira pada jam 12.30 tengah hari pada Ahad…
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kes tersebuti disiasat oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, pihaknya juga akan menyiasat individu yang dipercayai telah memukul suspek.
“Orang ramai adalah diingatkan agar tidak mengambil sebarang tindakan di luar batasan undang-undang dan biar pihak berkuasa jalankan siasatan,” katanya.
Sebelum ini, tular juga satu rakaman video di mana suspek yang cedera dipukul oleh individu yang marah dengan kenyataan suspek tersebut.






