Dua Kenderaan Terperosok Parit, Warga Emas Parah

Dua Kenderaan Terperosok Parit, Warga Emas Parah

0
SHARE

TELUPID, SABAH – Dua kenderaan pacuan empat roda terperosok ke dalam parit dalam dua kes berasingan pada Ahad.

Kes pertama di Kg Gambaron sini melibatkan sebuah Mitsubishi Storm dalam pada jam 9.50 pagi.

Kenderaan yang hilang kawalan dan terbalik dalam parit yang dalam itu Insiden seakan babak daripada filem ‘Titanic’.

Pusat Gerakan Operasi Bomba melaporkan empat mangsa lelaki yang mana dua orang dewasa berumur 70 dan 46 tahun, mengalami cedera parah manakala seorang remaja, 18, dan kanak-kanak, 10, cedera ringan.

“Mangsa dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Daerah Telupid menggunakan Ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum Pasukan Bomba tiba di lokasi…

“Operasi ditamatkan pada jam 10.44 pagi,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Sementara itu, 20 minit kemudian di Jln Melabau Utama Kg. Rancangan di Klias, Beaufort, sebuah kereta jenis Toyota Fortuner mengalami kemalangan sama.

Namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden 10.11 tersebut.

“Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort menerima laporan daripada Balai Polis Beafort. Pasukan Bomba membuat pemeriksaan dan menaikan kereta tersebut menggunakan peralatan khas.

“Operasi ditamatkan pada jam 11.04,” lapor sumber yang sama.