Mayat Wanita Ditemui, Dipercayai Mabuk Dan Terjatuh Longkang

Mayat Wanita Ditemui, Dipercayai Mabuk Dan Terjatuh Longkang

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mayat seorang wanita ditemui dalam longkang di tepi Jalan Bambangan berhampiran sebuah restoran di Gaya Utama, Inanam, sini.

Mangsa berumur lingkungan 50-an itu dipercayai mabuk dalam kejadian 2.10 pagi tadi (Rabu).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, membuat penemuan itu ialah pemilik restoran berkenaan yang khuatir mangsa berjalan seorang diri dalam keadaan mabuk.

“Bimbang akan keselamatan mangsa yang mabuk, pengadu dan rakannya cuba menjejaki mangsa dan telah menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati tidak ada perkara yang mencurigakan…

“Butiran lengkap mangsa masih belum dapat dipastikan dan siasatan masih dijalankan,” kata Zaidi.