SIPITANG, SABAH – Pasukan penyelamat terpaksa dipanggil bagi membebaskan seorang kanak-kanak berusia setahun yang terperangkap di dalam sebuah kenderaan di sini, semalam.
Mangsa sekeluarga menginap di Pan Borneo Inn Sipitang dalam kecemasan 6.40 petang itu…
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan jenis kenderaan terlibat ialah sebuah Toyota Hilux Rogue.
“Pasukan Bomba bertindak membuka pintu kereta dan mengeluarkan mangsa perempuan berumur 1 tahun 8 bulan menggunakan peralatan khas dengan selamat,” katanya sambil menambah operasi tamat dalam masa 20 minit.
Sementara itu, di Hospital Tawau pada kira-kira pukul 4.48 petang, seorang remaja cedera ringan kerana sebentuk cincin.
“Pihak Hospital memohon bantuan memotong cincin di jari manis mangsa berusia 16 tahun…
“Cincin berjaya dipotong menggunakan peralatan khas pada jam 5.40 petang,” lapor sumber sama.





