Pemandu X50 Parah Dalam Pertembungan Tiga Kenderaan

Pemandu X50 Parah Dalam Pertembungan Tiga Kenderaan

0
SHARE

KINABATANGAN, SABAH – Semuanya berlaku akibat sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan di Jalan Bukit Berlian sini.

Susulan kejadian 1.50 petang kelmarin, dua kenderaan pada laluan bertentangan iaitu sebuah Toyota Vigo dan Proton X50 mengalami kecederaan.

Menurut Pusat Laporan Gerakan Operasi Bomba Sabah, Toyota Vigo yang berada di hadapan berjaya mengelak manakala Proton X50 tidak dan ini mengakibatkan berlakunya pertembungan.

“Mangsa Pemandu Proton X50 cedera parah dan telah dihantar ke hospital menggunakan kenderan orang awam,” katanya…

Pemandu Toyota Vigo, seorang lelaki berusia 64 tahun cedera ringan. Begitu juga dengan punca kemalangan terbabit iaitu pemandu Isuzu Dmax, seorang lelaki berusia 34 tahun.

“Pasukan Bomba bertindak membersihkan tumpahan minyak dan di jalan raya. Operasi ditamatkan pada jam 3.06 petang,” tambahnya.