Rakyat Malaysia Berpeluang Rasai ‘Hari Tanpa Bayang’ Pada 23 Sept Ini

Rakyat Malaysia Berpeluang Rasai ‘Hari Tanpa Bayang’ Pada 23 Sept Ini

0
SHARE
Gambar Hiasan...

KUALA LUMPUR – Fenomena Ekuinoks iaitu ‘hari tanpa bayang’ di mana matahari berada tepat atas garisan Khatulistiwa bakal dirasai penduduk Malaysia pada 23 September ini.

Pada tarikh itu, seluruh dunia menghadapi tempoh siang dan malam yang sama panjang iaitu masing-masing genap 12 jam siang serta malam.

Difahamkan terdapat dua musim yang mana Ekuinoks berlaku iaitu musim bunga pada Mac lalu dan musim luruh yang berlaku September ini…

Ekuinoks turut menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan pula sebaliknya bertukar mengalami musim luruh.

Ketika fenomena tersebut, matahari berada tepat di atas kepala setiap orang dengan bayang kepala dan badan jatuh ke tapak kaki menyebabkan ia seumpama tiada bayang.

Fenomena ekuinoks yang berlaku pada 28 Mac lalu menyaksikan warga kota Kuala Lumpur, Putrajaya serta Petaling Jaya dan Kajang di Selangor mengalami pengalaman itu pada pukul 1.19 tengah hari manakala Shah Alam, Klang dan Pelabuhan Klang lewat seminit.

Penduduk Sarawak terutaman di Betong, Sri Aman dan Serian selain Kukup di Johor kumpulan paling awal merasai kejadian unik tersebut pada 23 Mac lalu.

Ini diikuti Kuching, Lundu dan Bau di Sarawak serta Johor Bahru dan Pontian Kechil di Johor pada 24 Mac selain beberapa lagi lokasi di Sarawak dan Johor pada pada 25 Mac.