Joachim Rasmi Jambatan Gantung Baharu Kampung Takutan

Joachim Rasmi Jambatan Gantung Baharu Kampung Takutan

0
SHARE
Joachim
Joachim (tengah) menyempurnakan pemotongan reben sebagai tanda perasmian jambatan gantung baharu Kampung Takutan ( Sumber Foto: Ihsan KKTP Sabah )

RANAU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam merasmikan jambatan gantung baharu sepanjang 90 meter merentasi Sungai Mokodou di Kampung Takutan, di sini, semalam.

Ketika ditemui media, beliau berkata, jambatan gantung baharu ini telah siap sepenuhnya pada Oktober tahun lalu dan kini, penduduk kampung sudah boleh menggunakannya termasuk untuk aktiviti pertanian.

“Jambatan gantung ini telah terputus pada tahun 2022 akibat banjir besar yang berlaku ketika itu menyebabkan penduduk kampung tidak dapat untuk menggunakannya,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Joachim, Yubidi Gompoyo; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani; Ketua Kampung, Erin Laug dan Pengerusi JKKK Parvine Yudin.

Secara keseluruhannya, terdapat dua jambatan gantung baharu dibina dan dua lagi yang dibaiki telah siap sepenuhnya.