VIDEO PAKCIK TUA MENYELAM BAIKI TEMPAT KUMBAHAN NAJIS UNDANG SEBAK WARGANET

VIDEO PAKCIK TUA MENYELAM BAIKI TEMPAT KUMBAHAN NAJIS UNDANG SEBAK WARGANET

0
SHARE

Apa pun pekerjaan sudah tentu ada suka duka dan pahit manisnya. Seberat manapun pekerjaan itu, ianya harusla dilakukan dengan profesional, rajin, bertangunggjawab dan yang paling penting sekali halal.

Hal demikian boleh dicontohi menerusi satu video yang tular di media sosial di mana seorang lelaki yang sudah berumur melakukan pekerjaan yang mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran orang ramai di zaman ini.

Video yang tersebar di Facebook itu memaparkan ‘pakcik’ tersebut menyelam di sebuah saluran kumbahan najis yang tersumbat untuk membaikinya.

“Demi menyara keluarga, sungguh kuat semangat ‘pakcik’ ini. Hebat dari apa yang kita lihat. ‘Paklong’ menyelam dalam kumbahan najis untuk membaiki saluran yang tersumbat,” kata kapsyen video tersebut.

Perkongsian video tersebut mengundang sebak di kalangan warga net di ruangan komen yang rata-rata memuji pekerjaan ‘pak cik’ tersebut.

“Satu dalam sejuta sanggup buat ni…

“Pakcik memang kental. Semoga pakcik diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Amin,” kata seorang netizen.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga selalu di murahkan rezeki buat pakcik sekeluarga. Amin.

“Masya Allah nak cari rezeki yang halal sanggup buat semua kerja demi untuk ‘family’. Syarikat mana ni? Tak ada keselamatankah? Bahaya bagi pekerja ini.

“Semoga dihari yang kedepan ada anak-anak pulak menjaga dengan baik ayahnya. Aamin,” kata seorang lagi warganet…

Sementara itu ada juga berasa hairan kenapa ‘pakcik’ tersebut tidak memakai sebarang peralatan khas untuk keselamatan dan hairan kenapa syarikat tersebut tidak membekalkannya.

“Cara ini salah. Sepatutnya kena ada pakaian khas untuk masuk dalam loji kumbahan untuk keselamatan. Kerja berani sanggup kalau tak ada ‘safety’ tak guna juga. Ini membahayakan diri sendiri. Cuba cari dalam ‘google’ pakaian khas,” kata netizen itu.