KUDAT, SABAH – Pemandu sebuah Honda Civic maut setelah merempuh sebuah lagi kenderaan yang sedang berparkir di tepi jalan berhampiran Kampung Tambuluran, sini, pagi kelmarin.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Chia Ah Kong, 58, disahkan maut oleh Pegawai Perubatan pada lokasi akibat impak melanggar sebuah Toyota Prado…
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Ambulans untuk tindakan lanjut dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 itu.





