KOTA KINABALU, SABAH – Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah menandatangani Sijil Jalinan Kolaborasi (CoC) bersama sembilan Rakan Kolaborasi Strategik pada Jumaat.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad turut hadir bagi menyaksikan majlis tersebut.
“Melalui kerjasama ini, kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing, merapatkan jurang antara kualiti graduan dan keperluan industri serta menjadikan Technical and Vocational Education Training (TVET) sebagai pilihan utama para pelajar.
“Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua pihak industri agar sentiasa terbuka untuk jalinan kolaborasi bersama mana-mana Politeknik atau Kolej Komuniti yang ada,” katanya…
Pada majlis itu, PKK yang diwakili Pengarahnya, Dullah Muluk menandatangani CoC bersama Ria Academy and Consultancy Sdn. Bhd., Bank Muamalat Malaysia Bhd, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd., KKIP Aerospace Training Centre, Koperasi Wawasan Rakyat Sabah Bhd., AMC College, KKIP Sdn. Bhd dan Kebabangan Petroleum Operating Company Sdn. Bhd.





