Kapal Nelayan Membuang Sampah Di Pesisir Laut Dikompaun

Kapal Nelayan Membuang Sampah Di Pesisir Laut Dikompaun

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sebuah syarikat kapal nelayan telah dikompaun dengan kadar maksima RM500 di bawah Undang-undang Kecil Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap), 1983 Pindaan 2005 kerana telah membuang sampah dari kapal ke laut pada Ahad.

Perlakuan itu, menurut Mayor Bandaraya Datuk Noorliza Awang Alip telah dirakam oleh seorang individu yang sudi tampil menjadi saksi.

“Pihak syarikat berkenaan akur dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh pekerja mereka dan menjelaskan kompaun yang dikenakan dengan sewajarnya…

“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu seringkali menerima aduan berkaitan pembuangan sampah ke laut dari kapal-kapal nelayan dan akan menggiatkan operasi intipan dan risikan.

“Para pemilik kapal nelayan dinasihatkan agar sentiasa mengingatkan dan memantau para pekerja mereka agar tidak membuang sampah ke laut dengan sewenang-wenangnya,” katanya dalam sebuah kenyataan.