Laporan Pekerja SFI Dihalau Adalah Palsu

Laporan Pekerja SFI Dihalau Adalah Palsu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Laporan daripada portal-portal media yang menyatakan pekerja-pekerja Sabah Forest Industry (SFI) dihalau oleh Kerajaan Negeri adalah palsu dan langsung tidak mempunyai asas.

Demikian kenyataan akhbar Jabatan Tanah dan Ukur Sabah yang dikeluarkan pada Ahad.

Katanya susulan danpada pengambilan semula oleh Kerajaan Negen terhadap tanah yang diberikan kepada SFI, prosedur piawai bagi Kerajaan Negen adalah untuk memberikan notis kerajaan kepada SFI tentang pengambilan semula tersebut dan seterusnya memiliki dan mengawal tanah-tanah tersebut.

“Setelah penerbitan kedua Gazet dbawah seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah, Bab 69, pemilik-pemilik tanah yang terlibat atau pihak yang berkepentingan dimaklumkan dan diberikan notis mengenai pengambilan tanah tersebut.

“Struktur-struktur dan bangunan dalam tanah tersebut, bebas daripada sebarang bebanan diberikan hak kepada Kerajaan dan akan dianggap telah diserahkan oleh pemilik sah atau pihak berkepentingan. Oleh itu, pemilikan kosong dianggap telah diberikan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Ia menambah bahawa, pekerja-pekerja SFI dan staf-staf am yang masih tinggal di dalam premis-premis masih boleh kekal tinggal di sana di mana mereka akan diserap semula sebagai pekerja, jika mereka inginkan, di bawah skim Kerajaan Negen untuk pembangunan hutan balak yang mampan selaras dengan tujuan pengambilan tanah tersebut bagi maksud seksyen 2 Ordinan Pengambilan Tanah.

“Pada masa yang sama, isu mengenai gaji tertunggak juga akan ditangani dan diselesaikan dengan adil dan saksama dengan cara yang akan mencerminkan kemahiran pekerja-pekerja SFI yang berharga dan sumbangan mereka kepada ekonomi negeri,” ujarnya.