Mohamaddin Tidak Pertahankan Kerusi Lahad Datu

Mohamaddin Tidak Pertahankan Kerusi Lahad Datu

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Datuk Mohamaddin Ketapi menarik diri daripada mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

Bagaimanapun, menurut laporan akhbar tempatan Harian Express, beliau akan kekal sebagai ADUN Segama.

Bekas Menteri Pelancongan itu berkata telah membuat keputusan itu selepas mengambil kira beberapa perkara termasuk isu politik semasa.

Pada Jun lalu, beliau mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kurang dari setahun selepas menyertai parti tersebut kerana tidak diberikan jawatan seperti yang dijanjikan.

Dua bulan selepas itu beliau mengumumkan penyertaan kepada Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mohamaddin telah menang kerusi Lahad Datu di atas tiket Parti Warisan pada tahun 2018.