KUCHING, SARAWAK – Dr Ting Tiong Choon kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut selepas keputusan Mahkamah berpihak kepada Ting.
Hakim Datuk Douglas Christ Primis Sikayun membuat keputusan itu pada 17 Jun kelmarin dengan memberitahu Dewan tidak sepatutnya membawa isu kewarganegaraan pemohon dalam perdebatan DUN kerana isu itu memerlukan kajian lebih mendalam.
Pada 12 Mei yang lalu, Speaker Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan memecat status Dr.Ting sebagai ADUN Pujut selepas Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh, membentangkan usul meminta agar status Dr.Ting ditarik balik.
Ia adalah berdasarkan fakta bahawa Dr.Ting mempunyai kerakyatan Australia yang dilepaskan tiga minggu sebelum pilihan raya.
Kelayakan Ting sebagai wakil rakyat dilucutkan di bawah Perkara 17(1)(g) perlembagaan negeri kerana secara rela memperoleh kerakyatan negara lain.
Pada 7 Jun yang lepas, Dr Ting Tiong Choon telah memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di bagi perisytiharan sebagai batal dan tidak sah, usul Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 12 Mei yang membatalkan kelayakannya sebagai ADUN.
Dalam keputusan Mahkamah tersebut juga turut memerintahkan Mohamad Asfia Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Datuk Seri Wong membayar bersama kos guaman RM100,000 kepada Dr Tiong Choon.
Pada Pilihanraya Negeri Mei tahun lalu, Dr Ting menang dengan 1,759 undi majoriti.





