PM Umum 18 Dan 19 November Cuti Am Sempena PRU-15

PM Umum 18 Dan 19 November Cuti Am Sempena PRU-15

0
SHARE

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang hadir merasmikan pecah tanah Wisma CUEPACS Putrajaya di sini, petang ini berkata, pengumuman hari kelepasan am dua hari itu dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta beroperasi pada Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob…

Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

Datuk Adnan Mat…

“Hari mengundi PRU15 menjelang tiba. Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi,” kata beliau pada majlis tersebut.