MEMORANDUM PERSEFAHAMAN GRS DI SABAH, SHAFIE DAN PEMIMPIN PARTI WARISAN KECEWA LAGI

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN GRS DI SABAH, SHAFIE DAN PEMIMPIN PARTI WARISAN KECEWA LAGI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Umum mengetahui Datuk Seri Shafie Apdal dan Parti Warisan berjaya menjadi parti pemerintah selama 26 bulan di Sabah sebelum ini adalah hasil daripada tipu muslihat yang sengaja dirancang dan bukannya mendapat mandat daripada rakyat Sabah.

Pada 09 Mei 2018 selepas Pilihan Raya Utama (PRU) ke-14, keputusan di negeri Sabah menyaksikan Barisan Nasional (BN) mempunyai 29 kerusi yang kemudian 31 kerusi selepas dua (2) Wakil Rakyat daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bergabung dengan Tan Sri Musa bagi membentuk Kerajaan negeri Sabah.

Keputusan-PRU14-Sabah…

Parti Warisan pimpinan Shafie pula selepas bergabung dengan DAP dan PKR hanya memperolehi 29 kerusi pada ketika itu.

Selepas melalui proses ‘pujuk memujuk’ oleh pimpinan Parti Warisan Sabah, seramai ENAM (6) orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akhirnya telah ‘melompat parti’ yang mana kemudiannya Shafie telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Musa.

Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah selang beberapa hari selepas Musa mengangkat sumpah jawatan yang sama dan di dihadapan orang yang sama, TYT Sabah Tun Juhar Mahiruddin…

Selepas Shafie mengangkat sumpah Musa Aman telah dipaksa untuk meletak jawatan malahan surat pemberitahuan Musa bukan lagi Ketua Menteri yang sah telah dihantar oleh Yang di Pertua Negeri Sabah kepada Musa pada 14 Mei 2018.

Peristiwa yang sama hampir berulang semula selepas beberapa hari berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah apabila Parti Warisan mengalami kekalahan yang cukup memalukan, pimpinan Warisan dikatakan secara sulit telah cuba untuk ‘membeli’ wakil rakyat daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi membentuk Kerajaan, malangnya usaha ini telah ditolak oleh wakil rakyat PBS yang menyebabkan wakil rakyat Warisan kekal sehingga kini menjadi Parti Pembangkang di Sabah.

Sumber foto ihsan daripada FMT Online…

Namun, perkembangan mutakhir ini membabitkan persengketaan beberapa orang pemimpin politik di Semenanjung Malaysia daripada Parti UMNO dan BERSATU membuatkan Shafie dan sebilangan besar pemimpin Parti Warisan dikatakan mula mengatur strategi untuk merampas semula Sabah melalui jalan ‘pintu belakang’ seperti mana yang mereka telah lakukan pada tahun 2018 yang lalu.

Perkembangan ini turut disiarkan melalui media online tajaan Parti Warisan pada 05 Januari 2021 melalui tajuk “PPBM, STAR Dan PBS Mungkin Kembali Sebagai Pembangkang”.

Sumber foto dipetik daripada portal berita online IniSabahBah…

Walau bagaimanapun, hasrat pimpinan Parti Warisan tersebut akhirnya telah berkecai sekali lagi selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang turut dianggotai SEMBILAN (9) parti politik termasuk Parti UMNO telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan lagi kerjasama politik di negeri ini.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor; Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee; Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Ellron Alfred Angin; Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Radin Malleh; Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup; Pengerusi MIC Sabah, Peer Muhamad dan Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung.

VIDEO petikan ucapan Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan lagi kerjasama politik di negeri Sabah…

Kesan persengketaan politik di Semenanjung Malaysia yang diharapkan akan menular di Sabah oleh Shafie Apdal  dan pemimpin-pemimpin Parti Warisan nampaknya tidak berlaku di Sabah.

Kematangan pemimpin UMNO di Sabah termasuk BERSATU, PBS, STAR dan parti lainnya sewajarnya mendapat pujian.

Akhirnya, bukan sahaja Shafie termasuk pemimpin-pemimpin Parti Warisan yang KECEWA, bahkan sebilangan besar kontraktor kroni Peter Anthony juga turut sama berkongsi kekecewaan.

Untuk rekod sepanjang Parti Warisan memerintah Sabah, ekonomi Sabah berada dalam keadaan yang amat tenat dan membimbangkan.

Sebelum Shafie mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah, kadar KDNK Negeri Sabah adalah yang tertinggi di Malaysia tetapi selepas dua (2) tahun negeri Sabah ditadbir oleh Parti Warisan kadar KDNK telah jatuh menjunam sehingga 0.5%.

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…