RANAU, SABAH – Datuk Jonathan Yasin dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal pilihan rakyat P179 Ranau.
Beliau mengekalkan jawatan Ahli Parlimen dengan majoriti 11,092 undi (22,606) menewaskan Taufik Hj Dahlan dari Pakatan Harapan (11,514).
Datuk Dr Ewon Ebin dari Parti Bersatu Rakyat Sabah mendapat 4,254 (undian) diikuti Markos Situn dari Parti Warisan (2,657) dan Azizul Julirin dari Parti Pejuang (1,267).
“Saya gembira kerana proses pengundian di Ranau berjalan lancar tanpa berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini…
“Keputusan majoriti menunjukkan sokongan rakyat Ranau yang berpuas hati dengan hasil pembangunan selama ini,” katanya kepada pemberita.





