PRU15: Ewon Benedick Menang Di Penampang

PRU15: Ewon Benedick Menang Di Penampang

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Calon UPKO-Pakatan Harapan Datuk Ewon Benedick merampas kerusi P174 Penampang daripada penyandangnya Datuk Darell Leiking (Parti Warisan) dengan majoriti 14,410 undi.

Darell yang sebelum ini didakwa “jarang turun padang” oleh Ewon hanya mendapat 14,656 undi.

Tindakan itu mengakibatkan Parti Warisan yang sebelum ini rakan seperjuangan UPKO kehilangan sokongon ramai pengundi Cina.

“Dalam enam bulan pertama ini saya akan menyantuni rakyat dan pelbagai NGO di sini, untuk mengetahui isu-isu sebenar yang mereka hadapi serta aspirasi mereka bagi menunaikan janji…

“UPKO sudah lama wujud di Penampang…Kita ada tawaran calon Timbalan Perdana Menteri dari Sabah yang mampu memenangi hati rakyat dan itu membuat kita yakin untuk kemenangan kita,” katanya selepas pengumuman keputusan di Dewan Kebudayaan Penampang.

Dalam pada itu, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Kenny Chua Teck Ho mendapat undian sebanyak 6,719 dan calon Bebas, Richard Jimmy hilang deposit dengan jumlah undi sebanyak 289.

Jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Penampang seramai 77,214 orang dan jumlah undi sebanyak 50,730 dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 65.70 peratus.