BANTUAN ‘one-off’ Sentuhan Kasih BUAT SEMUA 73 KAWASAN DUN SABAH – KM...

BANTUAN ‘one-off’ Sentuhan Kasih BUAT SEMUA 73 KAWASAN DUN SABAH – KM HAJIJI

0
SHARE
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kelmarin (23 Sept)...

KOTA KINABALU, SABAH – Kesemua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mendapat bantuan ‘one-off’ Sentuhan Kasih dengan peruntukan sebanyak RM 7.3 juta.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata, peruntukan tersebut merupakan tambahan kepada pelbagai jenis bantuan sedia ada dan komitmen kebersamaan atas semangat Keluarga Malaysia.

“Semua wakil rakyat disarankan untuk mengambil peranan sebagai ‘Pemimpin Ekonomi’ bagi memastikan rakyat pada akar umbi dapat meningkatkan taraf kehidupan pasca pandemik,” katanya.

Dalam ucapan penggulungan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang Ke-16 kelmarin, beliau mengingatkan bahawa tugas seorang wakil rakyat adalah sebagai pembimbing dan penggerak untuk memajukan ekonomi di kawasan masing-masing.

Badan-Badan Berkanun Negeri dan anak-anak syarikat milik Kerajaan juga diminta menyusun semula organisasi dan pengurusan kewangan mereka termasuklah menghentikan aktiviti ekonomi yang tidak menjana hasil.

“Kaji semula tanggungjawab korporat sosial mereka agar ia tidak membebankan syarikat kerana penjanaan hasil adalah matlamat utama ketika ini…

“hKerajaan juga harus mengambil langkah proaktif dengan memastikan tanggungjawab mereka memakmurkan khazanah negeri ditunaikan,” beliau berkata.