KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diminta mendoakan kesembuhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani prosedur perubatan elektif petang tadi.
Menurut kenyataan daripada Jabatan Komunikasi Korprat institut berkenaan, tiada pelawat dibenarkan melawat Tun sehingga diberitahu kelak.
Terdahulu, Tun yang kini berusia 96 tahun menjalani pemeriksaan kesihatan penuh di institut sama pada Disember 16 tahun lalu.
Beliau yjuga Ahli Parlimen Langkawi menjalani pembedahan pintasan jantung pertama beliau pada tahun 1989 dan yang kedua pada 2007.
Tun menjadi Perdana Menteri Keempat pada tahun 1981 sehingga 2003 dan sekali lagi pada tahun 2018 sehingga 2020.
Mahathir juga menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seterusnya PEJUANG.