KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag berpeluang melihat pelbagai jenis makanan masyarakat Bugis sempena Majlis Sepetang Bersama Serikandi Ugie Sabah di Sabah International Convensyen Centre (SICC) di Kota Kinabalu, pada Jumaat.
Sempena majlis itu Juliah yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) turut melancarkan buku resipi ‘Dari Dapur Indo’ku: Andre-Andre Tau Ugi’.





