Peluncur Udara Maut Terhempas Cerun Konkrit

Peluncur Udara Maut Terhempas Cerun Konkrit

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki maut selepas terhempas pada cerun konkrit di kawasan projek Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Kampung Keliangau di Menggatal, sini, pukul 5 petang semalam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Hajah Kalsom Haji Idris, mangsa berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan membawa seorang penumpang meluncur menuruni bukit dari kawasan bukit kokol dan berjaya mendarat dengan selamat.

“Namun yang demikian, sebaik saja penumpang diturunkan mangsa yang tidak sempat menanggalkan tali payung telah ditiup angin kuat menyebabkan mangsa terbang dan terhempas ke cerun konkrit.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur perbuatan khianat atau jenayah ke atas kejadian tersebut,” katanya.

Kalsom berkata mangsa telah dihantar ke bahagian forensik Hospital Queen Elizabeth bagi menjalani bedah siasat.

“Siasatan lanjut diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” tambahnya…