KUANTAN, PAHANG – Masalah kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran kini hanya bersifat sementara dan dijangka pulih dalam tempoh ENAM (6) bulan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh.
Beliau yang dipetik Berita Harian berkata, kerajaan sudah mengambil langkah bersesuaian untuk mengatasi masalah itu, termasuk membenarkan telur diimport bagi menstabilkan semula bekalan di negara ini.
“Ketiadaan (bekalan) telur adalah fenomena sementara. Kita sedang mengatasi kekurangan itu dengan mengimport telur bagi memastikan jumlah (bekalan) mencukupi dalam pasaran…
“Yang tidak cukup sekarang dalam 14 peratus. Mungkin mengambil masa dalam enam bulan, insya-Allah kita dapat menstabilkan balik bekalan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.






