RANAU, SABAH – Jalan utama Kota Kinabalu-Sandakan, (Jalan Riverside) ditutup serta-merta untuk semua kenderaan bermula malam ini susulan hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah malam ini menjelaskan hujan lebat terbabit telah mengakibatkan kegagalan pembentung dan jalan putus yang boleh membahayakan pengguna laluan itu.
Sehubungan dengan itu, JKR Sabah menggesa pengguna jalan raya menggunakan laluan alternatif yang lebih selamat.

“Pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui jalan Sinarut Baru Togudon Baru (hanya untuk kenderaan kecil).
“Mohon patuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Segala kesulitan amat dikesali dan diharap bersabar untuk keselesaan bersama di masa akan datang,” jelas dalam kenyataan terbabit.






