Sabah Catat Sedikit Peningkatan Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat Sedikit Peningkatan Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat peningkatan sebanyak tujuh (7) kes COVID-19 berbanding semalam membawa kepada jumlah 168 KES baharu hari ini.

Sebanyak lima (5) daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 41 kes, Tuaran 30 kes, Penampang 14 kes, Papar 12 kes dan Kota Belud 10 kes.

Jurucakap perkembangan hal berkait COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, 15 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di tujuh (7) daerah.

“Seramai 161 pesakit hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2…

“Satu kes berada dalam Kategori 3 manakala dua (2) kes masing-masing dalam Kategori 4 dan 5.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih lagi membuat penilaian ke atas dua (2) kes,” jelasnya dalam rumusan harian kes.

Beliau turut mengucapkan selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian dan yang meraikannya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kepada orang ramai untuk terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) semasa menyambut perayaan atau bercuti bersama keluarga.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (24 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 41 (24)
Tuaran – 30 (27)
Penampang – 14 (12)
Papar – 12 (12)
Kota Belud – 10 (12)
Kuala Penyu – 9 (3)
Beluran – 8 (2)
Tongod – 8 (5)
Ranau – 7 (6)
Keningau – 5 (2)
Beaufort – 5 (9)
Tambunan – 4 (5)
Tenom – 4 (6)
Sandakan – 3 (10)
Putatan – 2 (11)
Kudat – 2 (2)
Semporna – 1 (2)
Lahad Datu – 1 (1)
Kinabatangan – 1 (1)
Tawau – 1 (1)
Telupid – 0 (1)
Kota Marudu – 0 (5)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (1)
Sipitang – 0 (0)
Pitas – 0 (1)
Kalabakan – 0 (0)