PM Menghadap Sultan Brunei Hari Ini

PM Menghadap Sultan Brunei Hari Ini

0
SHARE

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari ke negara ini.

Anwar menerusi hantaran dalam media sosial rasmi Facebook berkata terdapat beberapa perkara berkenaan isu persempadanan yang harus diberi tumpuan.

Paduka Seri Baginda Sultan dan saya bangkitkan beberapa perkara antaranya isu persempadanan yang harus dipesatkan, selain menyentuh isu pelaburan, petroleum dan gas, pelancongan dan Ibu Kota Nusantara yang secara tidak langsung akan membuka peluang besar kepada Brunei dan Malaysia menerusi Sabah serta Sarawak.

“Paduka Seri Baginda Sultan dan saya yakin hubungan Malaysia-Brunei Darussalam akan terus diperat dengan adanya hubungan persahabatan yang cukup istimewa antara kami berdua,” katanya menerusi hantaran terbabit.