Jumlah Mangsa Banjir Pantai Barat Utara Sabah Meningkat Kepada 1,421

Jumlah Mangsa Banjir Pantai Barat Utara Sabah Meningkat Kepada 1,421

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Hujan berterusan di kawasan Pantai Barat Utara Sabah sejak Selasa mengakibatkan seramai 1,421 individu terdiri daripada sejumlah 495 keluarga ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS), setakat semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata terdapat 17 PPS dibuka di empat daerah terjejas iaitu Paitan, Pitas, Kota Marudu dan Kudat setakat laporan pada 8 malam Rabu.

Daripada jumlah tersebut, 328 individu merupakan warga emas, 287 kanak-kanak termasuk bayi.

“Trend mangsa banjir bagi daerah Paitan, Kota Marudu dan Kudat meningkat.

“PPS dengan bilangan mangsa teramai Dewan Kampung Asin-Asin, Kota Marudu dengan 860 orang,” katanya.

Tambahnya, sembilan PPS sedang dalam proses pemurinaan data manakala jumlah mangsa meningkat di lima lagi PPS lain.