
KUDAT, SABAH – Seramai enam orang wakil Komuniti Madani menerima watikah perlantikan pengerusi komuniti.
Watikah disampaikan oleh Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor dalam Program Jiwa Madani yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kudat.
Antara yang menerima watikah ialah Komuniti Madani Alpha, Bistari dan Era Madani dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tg Kapor sementara dari Dun N1 Banggi tiga lagi komuniti mendapat watikah iaitu dari Komuniti Madani Seri Banggi, Belia Jatidiri dan GAB.
Hadir menyaksikan penyerahan tersebut ialah Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda. — JABATAN PENERANGAN SABAH





