Tenggiling Hidup Dirampas di Resort Semporna, Disyaki Untuk Hidangan Pelancong

Tenggiling Hidup Dirampas di Resort Semporna, Disyaki Untuk Hidangan Pelancong

0
SHARE

SEMPORNA: Jabatan Hidupan Liar Sabah bersama PDRM dan PGA Sandakan merampas seekor tenggiling hidup (Manis javanica) di sebuah resort pelancongan di Semporna pada Isnin.

Tenggiling itu ditemui bersama beberapa hidangan dipercayai melibatkan hidupan liar dilindungi.

Beberapa individu diambil tindakan untuk siasatan lanjut di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

Pengarah JHL Mohd. Soffian Abu Bakar berkata, tenggiling merupakan spesies Dilindungi Sepenuhnya dan tiada lesen membenarkan pemilikan atau penyediaannya sebagai hidangan.

“Kesalahan boleh dikenakan denda RM50,000–RM250,000 dan penjara satu hingga lima tahun.

“Jabatan memberi amaran bahawa penguatkuasaan akan dipertingkatkan terhadap premis pelancongan yang terlibat dalam aktiviti hidupan liar,” tegasnya.