KUALA LUMPUR – Pelajar sekolah bakal menerima RM150 sebagai bantuan awal persekolahan pada tahun depan, demikian menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.
Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah tersebut yang mana sebelum ini adalah berjumlah RM100 kepada setiap pelajar sekolah.
Katanya, bantuan itu kelak akan memanfaatkan tiga juta murid layak, membabitkan peruntukan keseluruhan RM450 juta.






