Bajet 2022: Guru Bakal Dapat Insentif Khas RM100, Pelajar IPT Dapat Peranti...

Bajet 2022: Guru Bakal Dapat Insentif Khas RM100, Pelajar IPT Dapat Peranti Tablet

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Sejumlah lebih 400,000 guru sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bakal mendapat RM100 yang akan dibayar secara sekali bayar (one-off) melalui Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar, demikian menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini (29 Okt).

Menurutnya, insentif tersebut pertama kali diperkenalkan sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik COVID-19.

Dalam pada masa yang sama, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 hari ini (29 Okt)…

“Bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta…

“Insya-Allah, seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini,” jelas beliau.