Bajet 2022: Kerajaan Cadang Cecair Nikotin Vape Dikenakan Cukai

Bajet 2022: Kerajaan Cadang Cecair Nikotin Vape Dikenakan Cukai

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin, yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape, demikian menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini (29 Okt).

Menurutnya, kerajaan juga bercadang untuk meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

Jelasnya lagi, perkara itu adalah antara usaha kerajaan dalam menjayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.