Bajet 2022: Kerajaan Teruskan Projek Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah

Bajet 2022: Kerajaan Teruskan Projek Perumahan Untuk Golongan Berpendapatan Rendah

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah, dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM1.5 bilion.

Hal itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini (29 Okt).

Menurtunya, peruntukan itu antaranya bagi meneruskan Program Perumahan Rakyat dan bantuan menyelenggara perumahan rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 hari ini (29 Okt)…

“Pada masa sama, kerajaan tidak lagi mengenakan cukai keuntungan harta tanah bagi pelupusan oleh individu warganegara, pemastautin tetap dan selain syarikat mulai tahun keenam dan ke atas,” katanya lagi.