Rai, Semarak Cinta Negara – Hendrus

Rai, Semarak Cinta Negara – Hendrus

0
SHARE
Hendrus
Hendrus (empat dari kiri) bergambar bersama Jainisah (tiga dari kiri) selepas menandatangani Buku Catatan Perjalanan KMJG 2024 ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA MARUDU, SABAH – Masyarakat digesa merai dan menyemarakkan lagi semangat cinta kepada negara menerusi kibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sabah.

Pembantu Menteri Datuk Hendrus Anding berkata tindakan tersebut dapat menyuntik semangat, menghayati sejarah kemerdekaan serta menanam rasa cinta kepada negara.

“Kita mempunyai pelbagai cara untuk meraikan Hari Malaysia ini dan di dalam menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada negara termasuklah menggunakan mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah sama ada di pejabat kerajaan atau di rumah sendiri, dengan cara itu kita dapat merasakan betapa cinta kita kepada negara.

“Sesungguhnya, kita bertuah kerana mempunyai kesempatan untuk mengambil bahagian di dalam hari perayaan kebangsaan pada tahun ini iaitu bersama dengan Hari Sabah dan Hari Malaysia.

“Sudah tentu, ini merupakan sesuatu yang sangat menarik dan kita berharap supaya rakyat di Kota Marudu khususnya dapat meraikan bersama semangat patriotisme pada tahun ini, ” ujarnya semasa ditemui media selepas merasmikan KMJG 2024 di Dewan Terbuka Pekan Tandek.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor juga selaku ketua konvoi dan Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu Marshal Anthony. — JABATAN PENERANGAN SABAH