
KUDAT, SABAH – Menggamit memori 22 tahun kibaran Jalur Gemilang di Tanjung Simpang Mengayau, semalam, Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang hadir di lokasi sama.
Pada 29 Ogos 2002 merupakan tarikh bersejarah bagi kawasan ini apabila untuk julung kalinya Jalur Gemilang berkibar di sini yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Persekitaran, Sains dan Teknologi Tan Sri Chong Kah Kiat.
Kibaran Jalur Gemilang yang diketuai oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu ketika itu, Kolonel Datuk Abd Ghani Rashid sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri diadakan di Kudat untuk kali kalinya.
Konvoi yang membawa Jalur Gemilang itu dicatat di dalam Buku Rekod Malaysia sebagai menunggang kuda paling jauh kerana melalui jarak sejauh 274.3km dalam masa empat hari bermula dari Daerah Papar.
Selepas 22 tahun, Konvoi KMJG singgah ke Tanjung Simpang Mengayau masih membawa mesej sama iaitu mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan yang turut dikenali sebagai Tip Of Borneo setelah berjalan lebih 2,000km seluruh Sabah. — JABATAN PENERANGAN SABAH