Tiada Kompromi Bagi Anggota Polis Didakwa Terlibat Kes Bunuh Di Sabah

Tiada Kompromi Bagi Anggota Polis Didakwa Terlibat Kes Bunuh Di Sabah

0
SHARE
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani...

SETIU – Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung pembunuhan seorang lelaki yang dikatakan dilakukan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ESSCOM di Tawau, Sabah.

Beliau memberikan jaminan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai ataupun anggota yang terbabit dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang.

“Oleh kerana isu ini agak sensitif, buat masa ini kita perlu membuat siasatan yang terperinci…

“Kita perlu betul-betul pasti motif pelakunya dan siasatan yang dibuat diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sendiri.

“Siasatan akan dibuat secara telus tanpa mengambil kira apakah status mereka yang terlibat dan jika betul terlibat,” katanya memetik sumber Berita Harian.

Beliau ditemui pemberita selepas ‘Flag Off’ Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong di sini hari ini.

Pada 16 Januari, mayat seorang lelaki dilaporkan ditemui di kawasan semak di, dipercayai mangsa bunuh.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah hari ini mengesahkan lapan anggota polis terdiri daripada empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.