KOTA KINABALU: Seorang lelaki kurang siuman yang dikhuatiri cuba membunuh diri di Kampung Air sini rupa-rupanya hanya mengambil pemandangan dari tingkat 1 sebuah rumah penginapan.
Dalam kejadian 8.30 malam Jumaat semalam, orang awam mula panik apabila melihat lelaki 40an yang dikenali sebagai Achoi itu berdiri di kawasan tingkap seolah-olah hendak terjun.
“Setelah pasukan bomba tiba di lokasi didapati tiada cubaan bunuh diri sebaliknya mangsa hanya berdiri di tepi tingkap bangunan.
“Pasukan bomba bertindak membawa mangsa turun ke bawah,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Tambahnya, setelah memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan pada jam 8.48 malam.





