Inisiatif Rahmah Bakal Diperluaskan Lagi

Inisiatif Rahmah Bakal Diperluaskan Lagi

0
SHARE
Salahuddin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub ( Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup )

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan inisiatif Rahmah akan diperluaskan lagi kepada empat fokus baharu membabitkan golongan mahasiswa, kumpulan B40 dan miskin tegar, tidak lama lagi.

Memetik sumber Berita Harian, Inisiatif terbabit bertujuan membantu golongan terkesan dengan lonjakan kos sara hidup itu merangkumi Pakej Rahmah, Kafe Rahmah, Jualan Rahmah dan Bakul Rahmah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata program itu yang diharap menjadi tunjang utama dalam pengurusan kumpulan sasar, dijangka dilancarkan bulan depan.

Katanya, pelaksanaan inisiatif itu turut membabitkan beberapa pengusaha pasar raya utama bagi menyediakan barangan bakul makanan.

Selain itu katanya, kementerian juga sedang mengemas kini senarai kumpulan B40 selepas mengambil kira kemungkinan berlaku peningkatan jumlah golongan itu.

Statistik Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, menunjukkan sejumlah 127,000 isi rumah di negara ini dikategorikan sebagai miskin tegar.

“Sebanyak 12 barangan yang disenaraikan adalah keperluan asas pengguna, sebagaimana dipamerkan dalam rekod jualan pasar raya terbabit.

“Saya berharap inisiatif Rahmah dapat membantu rakyat menguruskan kos sara hidup mereka. Insya-Allah, ini bukan inisiatif sekali beri (one-off), sebaliknya akan dilakukan secara berterusan,” katanya seperti dilaporkan NST, hari ini.