Tun Musa Aman Dilantik Canselor UMS Ke-4

Tun Musa Aman Dilantik Canselor UMS Ke-4

0
SHARE

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima Watikah Pelantikan sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-4 dalam satu majlis di Istana Seri Kinabalu.

Watikah tersebut diserahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi pihak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pelantikan Tun Musa berkuat kuasa 1 Oktober 2025 hingga 31 Disember 2028.

Zambry berkata, berdasarkan Perlembagaan UMS, Canselor adalah ketua universiti dan akan mempengerusikan majlis konvokesyen apabila hadir.

Majlis itu turut dihadiri Toh Puan Faridah Tussin, Pengerusi LPU UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Naib Canselor Prof Datuk Dr Kasim Mansor.

UMS dalam kenyataan menyifatkan pelantikan bekas Ketua Menteri Sabah itu memberi suntikan kerjasama lebih erat antara kepimpinan negeri dan komuniti akademik serta memperkukuh peranan UMS sebagai pusat wacana dan inovasi di Malaysia Timur.