Hina Islam Di Facebook, Seorang Lelaki Disiasat Polis

Hina Islam Di Facebook, Seorang Lelaki Disiasat Polis

0
SHARE

IPOH, PERAK – Iman Besar Masjid Negeri Perak, Abdul Farid Salleh telah membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki memuat naik status menghina Islam dan mempertikaikan khutbah Aidilfitri di negeri itu di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan oleh iman itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Beliau berkata sebaik selesai solat sunat Aidilfitri, Ahad lepas, Abdul Farid menerima mesej dalam kumpulan Jawatankuasa Penggubal dan Semakan Khutbah Negeri Perak melalui aplikasi WhatsApp berunsur hasutan, cercaan dan menghina Islam.

“Mesej tersebut daripada Pegawai Tadbir Agama Daerah Ipoh, Asyraf Ismail mengenai seorang lelaki telah menyatakan satu penulisan dan penghinaan terhadap agama Islam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata status suspek yang dikenali Amirul Muminin itu termasuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadap khatib yang membaca khutbah itu serta menghina khutbah itu dengan melabel golongan lesbian, gaya, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai musuh Islam.

Selain itu, suspek juga mempertikaikan agama Islam sebagai agama Persekutuan serta berdoa dalam bahasa Arab, Qatar dikatakan Muhajirin.

Beliau berkata sehingga kini suspek tersebut belum ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan sebarang komen atau pendapat berkaitan mana-mana agama yang boleh dianggap menghina dan menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia.

– Bernama