Klip Wanita Bogel Depan Maybank Gaya Street Tular, Polis Buka Kertas Siasatan

Klip Wanita Bogel Depan Maybank Gaya Street Tular, Polis Buka Kertas Siasatan

0
SHARE
Klip
Tangkap layar klip tular seorang wanita dipercayai pelancong bogel dihadapan lokasi bergambar popular Maybank di Jalan Gaya

KOTA KINABALU, SABAH – Lokasi bergambar Maybank di Jalan Gaya, sini, kini menjadi bahan siasatan polis selepas video seorang wanita berbogel tular di media sosial.

Klip berdurasi 10 saat menunjukkan wanita itu mengangkat pakaiannya dan bergambar di hadapan bank tertutup itu yang pada mulanya disiarkan di platform media sosial China, Xiaohongshu, dan kini beredar melalui WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung video berkenaan dan akan meneliti untuk mengesan pesalah yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

“Kami perlu meminta bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia untuk melihat latar belakang klip itu dan orang yang menyiarkannya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan lucah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Andaian netizen adalah bahawa pelaku merupakan seorang pelancong disebabkan tera air laman web tersebut.

Kasim berkata, pihaknya akan cuba mengesan sumber video itu dan jika siasatan mendapati pelakunya adalah warga asing, tindakan akan dilanjutkan sehingga dilarang keluar atau memasuki negara ini lagi.