ANKARA – Sekurang-kurangnya 31,643 orang terbunuh dalam tragedi gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb, lapor Agensi Anadolu.
Lebih 238,459 anggota kini berada di lapangan untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR), menurut Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) dalam satu kenyataan yang dipetik Bernama.
Hampir 158,165 orang telah dipindahkan setakat ini.
Kementerian Luar Turki pada hari Isnin memaklumkan bahawa sejumlah 9,793 kakitangan asing dari 74 negara terlibat dalam misi SAR itu.
Sebanyak 155,379 khemah telah didirikan untuk menempatkan mangsa yang terselamat, menurut AFAD.





