KOTA KINABALU, SABAH – Usaha menggulingkan Hajiji oleh kumpulan yang diketuai oleh Bung Moktar dan Shafie Apdal kelihatan semakin sukar.
Menurut Penganalisis Politik Cintanusa, Syihab Palembang berkata cubaan menggulingkan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah ketika ini amat sukar untuk dicapai.
Sejak awal lagi gerakan ini dilihat tidak akan berjaya apabila kumpulan ini telah menamakan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.
Harus diingat Shafie Apdal dan Parti Warisan adalah musuh utama kepada UMNO Sabah sejak PRN ke-15.
Manakala Shafie turut jadikan Pakatan Harapan (PH) sebagai musuh pada PRN Sabah ke-16.

Sudah tentu tidak semua wakil rakyat UMNO termasuk PH akan bersetuju memilih Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah bagi menggantikan Hajiji.
Dapatan kajian juga secara jelas menunjukkan majoriti ahli-ahli UMNO Sabah menolak kerjasama dengan Parti Warisan Sabah berbanding Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Rekod Shafie selama 26 bulan menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah sebelum ini juga agak kurang baik.

Sudah tentu faktor ini turut dilihat sebagai penyumbang kepada penolakan oleh beberapa orang wakil rakyat UMNO termasuk kesemua ADUN PH.
Pada masa yang sama, Syihab turut menjawab soalan lain berhubung TIGA (3) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) WARISAN yang mengumumkan keluar meninggalkan parti baru-baru ini dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Syihab berkata, bukan sahaja TIGA (3) tetapi menjangkakan akan ada lagi wakil rakyat Warisan berkemungkinan akan keluar parti.

Corak kepimpinan Hajiji dilihat amat unik.
Hajiji dilihat lebih fokus berkerja dari berbicara hal-hal politik, malahan kadar KDNK Sabah kini telah naik semula.
Pelaburan luar ke Sabah dengan jumlah pelaburan ketiga terbesar di negara ini dengan unjuran pelaburan terus asing (FDI) melebihi RM7 bilion pada tahun 2022 dan RM4.4 bilion bagi tempoh 2021 jelas adalah petunjuk Hajiji lebih menumpukan pembangunan dari terus berpolitik.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga semakin diterima oleh rakyat Sabah, justeru gabungan ini dilihat akan menjadi payung kepada rakyat Sabah bagi menuntut hak-hak rakyat Sabah diperingkat Persekutuan.






