PARTI WARISAN AKAN LUMPUH SEPENUHNYA MENJELANG PRN SABAH KE-17

PARTI WARISAN AKAN LUMPUH SEPENUHNYA MENJELANG PRN SABAH KE-17

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Penganalisis politik bebas menjangkakan Parti Warisan Sabah akan lumpuh sepenuhnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN)Sabah yang ke-17.

Berita ini dirumuskan oleh seorang penganalisis politik bebas yang enggan namanya disiarkan merujuk kepada kajian dilapangan selepas PRU-15.

Menurut Syihab Palembang, Penganalisis Politik Cintanusa Resources menjawab soalan berhubung kajian tersebut pula berkata bahawa setiap penganalisis politik mempunyai pandangan yang berbeza berdasarkan hasil kajian mereka.

Namun apabila merujuk kepada keputusan PRU-15 baru-baru ini, Parti Warisan hanya menang 3 kerusi dan ini adalah salah satu petanda kurang baik untuk Warisan.

Pada PRU-15 lalu Parti Warisan telah bertanding 25 kerusi Parlimen di Sabah manakala satu di Labuan dan 26 kerusi Parlimen lagi di Semenanjung Malaysia, tetapi keputusan akhirnya hanya 3 kerusi telah dimenangi oleh Parti Warisan bagi kerusi di Sabah.

Keputusan Pilihan Raya Utama Ke-15 (PRU-15)…

Menurut Syihab, isu utama penolakan rakyat terhadap Parti Warisan Sabah yang agak sukar dibuang dari minda rakyat Sabah masih berkisarkan soal isu ‘Sempornasisasi’.

Syihab berkata lagi “kajian di lapangan juga jelas menunjukkan isu ‘Sempornasisasi’ masih lagi menjadi isu utama dan telah melekat dalam minda majoriti rakyat Sabah”.

VIDEO yang turut tular di laman media sosial Facebook yang jelas memperlihatkan Shafie berbahasa Bajau berkata “KITA YANG BERKUASA DI SABAH.”

“Keputusan Shafie sebelum ini melantik ramai orang-orang Semporna menganggotai pentadbiran Kerajaan adalah satu kesilapan yang besar”.

Info grafik yang tular di media sosial Facebook berhubung senarai nama lantikan jawatan tertentu jabatan termasuk syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah yang mempunyai kaitan dengan Shafie Apdal…

Shafie semasa menjadi Ketua Menteri turut melantik Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Islam yang berasal dari Semporna.

“Selain itu, isu penurunan kadar KDNK negeri Sabah sehingga 0.5 peratus termasuk kegagalan Shafie membawa pelabur luar ke Sabah termasuk kegagalan menyampaikan bantuan Covid-19 kepada rakyat Sabah sebelum ini juga menjadi faktor rakyat agak sukar menerima Shafie dan Parti Warisan,” jelasnya.

Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…

Ironinya, Syihab turut berkata masalah utama ketika ini adalah UMNO Sabah dijangkakan akan turut menerima tempias secara langsung penolakan oleh rakyat.

Keputusan UMNO Sabah bekerjasama dengan Shafie dan Parti Warisan untuk menggulingkan Hajiji serta menolak kerjasama dengan GRS dilihat sebagai satu kesilapan yang besar.

Tegas Syihab lagi: “sama ada mahu percaya atau sebaliknya UMNO akan menerima nasib sama seperti UPKO sebelum ini, mujur UPKO bertindak bijak untuk keluar dari gabungan bersama Warisan dan menyertai Pakatan Harapan (PH)”.

“Rakyat Sabah ketika ini dilihat telah menolak secara total Parti Warisan malahan parti-parti lain yang berkerjasama dengan Warisan juga dijangka akan menerima nasib yang serupa,” Shihab berkata lagi.