PM Tiba Di Manila Untuk Lawatan Kerja

PM Tiba Di Manila Untuk Lawatan Kerja

0
SHARE
Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pangkalan udara Villamor Airbase bagi lawatan rasmi selama dua hari di Manila ( Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook Perdana Menteri )

MANILA, FILIPINA – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi pertamanya sebagai Perdana Menteri.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Villamor Airbase, sebuah pangkalan udara di Manila sekitar jam 12:50 tengah hari

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Setiausaha Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan Filipuina, Rexlon T Gatchalian yang juga Setiausaha Kabinet, Timbalan Setiausaha Eksekutif, Bianca Cristina Cardenas Zobel, Duta Besar Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose dan Wakil Lone District of Pasay City, Antonio G.Calixto.

Anwar juga turut memeriksa barisan kehormat Foyer Honors Tentera Udara Fillipina sebelum bergerak menaiki kenderaan ke hotel.

Perdana Menteri bakal mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr di Malacanang.

Perdana Menteri juga dijangka akan mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama Marcos Jr sebelum sidang media bersama akan diadakan di lokasi sama.

Anwar yang ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.