KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR BRAZIL KE MALAYSIA

KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR BRAZIL KE MALAYSIA

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Duta Besar Brazil ke Malaysia, Ary Norton de Murat Quintella meninjau keindahan pemandangan dari tingkat 33 pejabatnya semasa menerima kunjungan hormat di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Brazil ke Malaysia, Ary Norton de Murat Quintella di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang di antara negara Brazil dan Malaysia amnya dan Sabah khususnya.

Ary Norton yang tertarik dengan keindahan Gunung Kinabalu, kecantikan pantai dan pulau di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu turut dibawa oleh Hajiji meninjau keindahan pemandangan dari tingkat 33 Menara Kinabalu.