
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, di pejabatnya di sini, semalam.
Menurutnya, dalam sesi kunjungan hormat terbabit, Anwar dengan Balakrishnan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala dan serantau yang menjadi kepentingan bersama.
“Saya turut menyatakan hasrat untuk memberi tumpuan kepada ekonomi dan bersama mencapai kemajuan dalam menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertunggak secara komprehensif,” katanya.
Anwar berkata demikian menerusi satu dalam hantaran yang dimuat naik dalam laman media sosial rasmi Facebook beliau.
Balakrishnan difahamkan berada di Malaysia sempena lawatan rasmi empat hari mulai Ahad lepas.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Balakrishnan di Istana Negara.
Pada hari sama, Balakrishnan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Kedua-dua pemimpin memperakui hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Singapura.