PETALING JAYA – Kanak-kanak kini cenderung jatuh sakit apabila terdedah dengan aktiviti luar rumah sebaik sahaja negara tidak lagi melaksanakan Perintah Kawalaan Pergerakan (PKP).
Menurut laporan Kosmo, Pakar perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan berkata majoriti kanak-kanak akan mengalami gejala asma, batuk, selesema, cirit-birit, sakit perut dan macam-macam lagi.
“Memang majoriti pesakit kanak-kanak mengalaminya, sebenarnya selama hampir dua tahun Malaysia menjalani PKP, kanak-kanak sihat kerana jarang keluar rumah termasuk kes COVID-19 juga tidak melibatkan ramai kanak-kanak,” katanya menerusi akaun TikToknya.
Beliau berkata sepanjang waktu PKP, kanak-kanak terlindung daripada bermacam penyakit lain kerana mereka kerap berada di dalam rumah.
“Tetapi, sekarang apabila mereka sudah boleh keluar rumah, ramai yang kena penyakit asma, demam dan yang paling kerap adalah jangkitan mikroplasma ataupun atypical infection di mana kanak-kanak mengalami batuk berkahak serta demam di waktu malam…
“Bila saya dengar sejarah penyakit begini, saya akan melakukan beberapa ujian dan kebiasaanya memang ia jangkitan mikroplasma. Jadi, kanak-kanak ini akan diberikan antibiotik khusus untuk penyakit itu,” ujarnya.





