LISBON, PROTUGAL – Individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 mempunyai risiko kemasukan ke hospital 75 peratus (75%) lebih rendah berbanding varian Delta
Menurut laporan agensi berita Xinhua, individu yang dijangkiti Omicron, secara purata, mempunyai kadar kesembuhan lebih cepat dan risiko kematian lebih rendah.
Perkara tersebut itu berdasarkan kajian Lembaga Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Portugis (DGS) dan Institut Kesihatan Nasional Doutor Ricardo Jorge (INSA).
Menurut kajian itu, faktor risiko itu adalah benar “tanpa mengira umur, jantina dan status vaksinasi pesakit”, dan juga tidak dipengaruhi sama ada individu berkenaan sebelum ini pernah dijangkiti COVID-19 atau tidak.
Difahamkan, penyelidikan itu dijalankan ke atas mereka yang tinggal di Portugal pada Disember 2021.
Bagaimanapun, pengkaji memberi amaran bahawa, varian Omicron mempunyai keupayaan yang lebih besar menentang vaksinasi dan menjadikannya sangat mudah merebak…
Hal ini boleh dilihat dengan angka kes jangkitan COVID-19 yang tinggi.
Portugal telah mencatatkan lebih 47,199 kes baharu COVID-19 dan 50 lagi korban dalam tempoh 24 jam lepas, serta mengorbankan nyawa 20,127 orang sejak tercetusnya wabak itu.